Motivasi MARA adalah program motivasi yang di adakan dengan kerjasama Mara. Program ini telah diadakan pada 25 hingga 26 Julai 2009 bertempat di bangunan MARA. PMKUM dengan kerjasama Mara telah mengadakan program motivasi untuk anak-anak yatim sekitar Kuala Lumpur. Program 2 hari ini banyak menekankan berkenaan motivasi untuk mendapat kejayaan selain daripada perkongsian pengalaman daripada fesi-fesi.Beberapa orang penceramah telah dijemput untuk berkongsi tips-tips kecemerlangan untuk berjaya dalam kehidupan seperti saudara Fatihin merupakan penerima anugerah Diraja Universiti Malaya, Ustaz Zamri mari mengaji dan ramai lagi. Program ini telah mendapat sambutan dengan baik dan berjaya mencapai objektif pelaksanaan. PMKUM mengucapkan terima kasih kepada MARA di atas kerjasama yang diberikan. Semoga program ini dapat diteruskan pada sesi akan datang.– PMKUM
0 comments:
Post a Comment