Masyuarat Agung Tahunan merupakan mesyuarat perdana yang diadakan setiap sesi untuk membentangkan Laporan Setiausaha Agung PMKUM yang terdiri daripada senarai kabinet, laporan aktviti tahunan, dan laporan kewangan. Mesyuarat Agong Tahunan pada tahun ini diadakan pada 26 Mac 2010 bertempat di Balai Ilmu, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Pelbagai agenda yang disusun dalam Mesyuarat ini, antaranya Perbentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan dan Laporan Pentadbiran, Ucapan Dasar YDP PMKUM 09/10, Perkara-perkara berbangkit, Perbahasan Ucapan Dasar YDP, Perletakan Jawatan Majlis Tertinggi dan Exco PMKUM sesi 2009/2010 dan sebagainya. Mesyuarat ini memberi peluang kepada semua ahli yang berdaftar untuk mengemukakan sebarang idea, kritikan yang membina dan cadangan untuk memajukan lagi persatuan. Selain itu semua ahli yang berdaftar diberi peluang untuk melantik dan mengundi pimpinan baru untuk sesi 2010/2011. Bagi sesi 2010/2011, saudara Wan Azfar Syahmi bin Wan Mohd Ghazali telah dipilih menjadi Yang Di Pertua PMKUM. Semoga PMKUM terus maju jaya– PMKUM


















0 comments:
Post a Comment