As-Syura

         Majlis Sambutan Hari As Syura ( AS-SYURA 1431H) telah diadakan pada 9 Januari hingga 10 Januari 2010 di perkarangan masjid Al Ikhlasiah, perumahan Pantai Permai, Lembah Pantai. Majlis ini merupakan anjuran PMKUM dengan kerjasama jawatankuasa masjid Al Ikhlasiah. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara mahasiswa/i dengan masyarakat luar dan juga hubungan sesama ahli Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya sendiri. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengingati kembali sejarah ketamadunan Islam serta mengaplikasikannya dalam kehidupan para mahasiswa di samping menghayati kelebihan bulan Muharam dengan melakukan tazkirah dan muhasabah diri. Majlis ini telah mendapat sambutan daripada penduduk sekitar dan mahasiswa Universiti Malaya. Majlis ini telah dirasmikan oleh Imam Besar Masjid Al-Ikhlasiah. Para petugas telah membahagikan bubur as-syura kepada jemaah masjid dan penduduk sekitar. Majlis telah diadakan dengan jayanya dan semoga dapat merapatkan lagi PMKUM dengan komuniti masyarakat sekitar Lembah Pantai.– PMKUM




Share : Share On Facebook ! Share On Google Buzz ! Add To Del.icio.us ! Share On Digg ! Share On Reddit ! Share On LinkedIn ! Post To Blogger ! Share On StumbleUpon ! Share On Friend Feed ! Share On MySpace ! Share On Yahoo Buzz ! Get These Share Buttons ! Share On Google Reader ! Google Bookmark ! Send An Email ! Blog Feed !

0 comments:

Post a Comment