CItarasa DArul Nain (CDN)


Citarasa Darul Naim (CDN’09) merupakan salah satu projek tahunan yang dianjurkan oleh PMKUM. CDN’09 telah berlangsung sepanjang minggu Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM’09) iaitu pada 9-15 Ogos 2009. Tujuan CDN diadakan adalah untuk melatih ahli persatuan terlibat secara lansung dalam bidang perniagaan serta menerapkan konsep berdikari dalam diri mahasiswa Kelantan untuk mencapai kejayaan dalam semua bidang yang diceburi. Bertemakan ‘Keusahawanan Dinamik Ummah Terbilang’, CDN meneruskan menu turun temurun iaitu “Nasi Kerabu” di samping penjualan makanan lain seperti nasi lemak dan roti canai serta masakan panas di sebelah malam. Gerai ini mula beroperasi pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah malam.Gerai CDN juga dikunjungi oleh En. Halim Yazid dan beliau telah merasmikan pembukaan gerai tersebut di samping menyanyikan beberapa baris lagu ‘Anak Tupai’. Sepanjang program ini berlangsung, sambutan yang diberi amat menggalakkan terutama pengunjung dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Malah, CDN pada kali ini turut mendapat liputan dari Harian Metro. –PMKUM



Perasmian
Makan sakan.....



Share : Share On Facebook ! Share On Google Buzz ! Add To Del.icio.us ! Share On Digg ! Share On Reddit ! Share On LinkedIn ! Post To Blogger ! Share On StumbleUpon ! Share On Friend Feed ! Share On MySpace ! Share On Yahoo Buzz ! Get These Share Buttons ! Share On Google Reader ! Google Bookmark ! Send An Email ! Blog Feed !

0 comments:

Post a Comment