'EIDULFITRI


Majlis Aidilfitri PMKUM (RAYA 09) telah diadakan pada 3 Oktober 2009 bersamaan dengan 14 Syawal 1430. Majlis yang penuh meriah ini telah diadakan di pentas Gazebo KPS, Universiti  Malaya. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pimpinan persatuan dengan ahli persatuan  dan juga hubungan sesama ahli Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya sendiri. Selain itu, ia juga bertujuan melahirkan mahasiswa yang menghayati hari kemenangan islam serta mengukuhkan rasa kasih sayang sesama umat islam di bulan Syawal. Kehadiran penasihat PMKUM, Prof Madya Dr Abu Hassan bin Hasbullah dan anak-anak Kelantan telah memeriahkan majlis tahunan ini. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti cabutan bertuah, makan serta sesi bergambar. Semoga majlis ini dapat diteruskan lagi sebagai medium anak-anak Kelantan berhimpun.– PMKUM

Barisan Pelaksana yang komited



Share : Share On Facebook ! Share On Google Buzz ! Add To Del.icio.us ! Share On Digg ! Share On Reddit ! Share On LinkedIn ! Post To Blogger ! Share On StumbleUpon ! Share On Friend Feed ! Share On MySpace ! Share On Yahoo Buzz ! Get These Share Buttons ! Share On Google Reader ! Google Bookmark ! Send An Email ! Blog Feed !

0 comments:

Post a Comment