HALWA

HALWA merupakan program tahunan yang sering difokuskan kepada mahasiswi sahaja. Menyedari hakikat bahawa golongan adam merupakan aset negara pada masa akan datang, maka PMKUM telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Hari Lelaki dan Wanita (HALWA ‘09/10) di peringkat Universiti Malaya yang melibatkan seluruh mahasiswa Universiti Malaya amnya dan mahasiswa Kelantan khususnya. HALWA telah diadakan pada 16 hingga 17 Januari 2010 bertempat di Dewan Semarak & Dewan Angsana Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Bertemakan”Mahasiswa Berinteraktif Positif Melestarikan Kegemilangan”, HALWA telah mengadakan pelbagai program menarik seperti bengkel ICT, kempen derma darah, kursus perkahwinan, pertandingan pesona Timur Tengah (MISS UM) dan pertandingan menghias kek dan gubahan hantaran. Selain itu, HALWA telah dimeriahkan dengan diadakan satu dikusi yang bertajuk ’Hatiku Milik Siapa’ yang menampilkan Ustaz Pahrol Juoi dan Ustazah Fatimah Sharha serta persembahan nasyid oleh kumpulan Saujana. HALWA telah mendapat sambutan yang baik dengan kehadiran ramai pengunjung. Pameran daripada pihak luar juga diadakan.– PMKUM

Share : Share On Facebook ! Share On Google Buzz ! Add To Del.icio.us ! Share On Digg ! Share On Reddit ! Share On LinkedIn ! Post To Blogger ! Share On StumbleUpon ! Share On Friend Feed ! Share On MySpace ! Share On Yahoo Buzz ! Get These Share Buttons ! Share On Google Reader ! Google Bookmark ! Send An Email ! Blog Feed !

0 comments:

Post a Comment