Program ‘JALINAN PMKUM’ merupakan kesinambungan program ‘TEAM BUILDING’ yang pernah diadakan pada sesi sebelumnya. Membawa tema program “Mesra Dihati Ukhuwwah Diberkati”, JALINAN masih lagi menuju kepada motifnya yang sama iaitu mengeratkan ukhuwwah persaudaraan dalam kalangan anak negeri Kelantan khususnya diperingkat AJK Pelaksana program-program dengan MT & Exco PMKUM. JALINAN telah diadakan pada 18 Oktober 2009 bertempat di Gunung Malaya. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti taaruf dalam kalangan ahli PMKUM. Sebelum mendaki Gunung Malaya, sesi regangan telah dilakukan dan bacaan doa selamat. Semua ahi PMKUM bersemangat mendaki untuk menwan Gunung Malaya. Di puncak Gunung Malaya telah diadakan aktiviti dalam kumpulan dan tazkirah oleh YDP PMKUM, saudara Mohd Ridwan bin Razali. Selepas itu, semua ahli PMKUM telah dirai dengan jamuan BBQ. Terserlah keriangan dan keseronokan setiap ahli PMKUM yang telah berjaya menawan Gunung Malaya.—PMKUM
 |
| Tak Sabar nak Mendaki!!!! |
 |
| Menawan Puncak Malaya!!! |
 |
| Pandangan dari atas... gayatnya... |
0 comments:
Post a Comment