Majlis Iftor Perdana (MIFTAH’09) telah diadakan pada 11 September 2009 (21 Ramadhan 1430H) di Dewan Semarak, APM dengan membawa tema “Kecemerlangan Sahsiah Diri Mengakar Perpaduan”. Program ini diadakan bertujuan menghimpunkan seluruh mahasiswa dari Kelantan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara mahasiswa Kelantan di samping mewujudkan penghayatan akan kelebihan bulan Ramadhan ini. Majlis berbuka puasa ini turut dihadiri oleh Presiden-presiden Anak Negeri, mantan-mantan pimpinan PMKUM dan juga penasihat PMKUM iaitu Prof. Madya Dr. Abu Hassan bin Hasbullah. Antara pengisian yang diadakan adalah berbuka puasa, solat Maghrib, Solat Isyak, solat terawih, tazkirah dan juga pengagihan tiket bas balik raya. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari mahasiswa Kelantan sekali bus menjadikan program yang mampu menghimpunkan seluruh mahasiswa Kelantan dari pelbagai fakulti di UM ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua. –PMKUM
0 comments:
Post a Comment