OPKIM

Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) telah diadakan pada 12 hingga 16 Februari 2010 di Kuala Balah, Jeli, Kelantan. Seramai 40 orang mahasiswa melibatkan lebih 20 buah keluarga angkat telah menyertai program ini. .Program ini adalah bertujuan untuk membawa mahasiswa mengenal erti realiti kehidupan sebenar di samping membina hubungan antara PMKUM dengan masyarakat. Program ini juga bukanlah diadakan sekadar program tradisi semata, tetapi menjadi medan kepada mahasiswa untuk menyumbangkan tenaga dan idea kepada masyarakat, tambahan pula kawasan yang dipilih mempunyai kelebihan yang tersendiri untuk dikongsi bersama. Pelbagai program menarik telah diadakan seperti kenduri sekampung(bekwoh), sukan rakyat, forum perdana dan banyak lagi. Program ini telah mendapat sambutan yang baik oleh penduduk kampung. Program yang bertemakan ”Sejenak Bersama, Terkenang Selamanya” telah banyak meninggalkan kenangan manis antara ahli-ahli PMKUM dan sekali gus memenuhi visi dan misi PMKUM dalam memimpin persatuan ini ke tahap yang lebih membanggakan.– PMKUM

Share : Share On Facebook ! Share On Google Buzz ! Add To Del.icio.us ! Share On Digg ! Share On Reddit ! Share On LinkedIn ! Post To Blogger ! Share On StumbleUpon ! Share On Friend Feed ! Share On MySpace ! Share On Yahoo Buzz ! Get These Share Buttons ! Share On Google Reader ! Google Bookmark ! Send An Email ! Blog Feed !

0 comments:

Post a Comment