Roadshow


Roadshow PMKUM telah diadakan pada 31 Ogos hingga 9 September 2009. Para pimpinan PMKUM telah turun ke semua kolej untuk bertemu dengan anak-anak Kelantan di varsiti perdana Universiti Malaya. Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan pimpinan PMKUM kepada mahasiswa Kelantan yang menginap di kolej di samping bertemu mata diantara mereka. Kesempatan ini, para pimpinan PMKUM mempromosi program-program yang dianjurkan oleh PMKUM sepanjang sesi. Aktiviti ini juga bertujuan untuk memperkenalkan wakil kolej atau duta PMKUM yang dilantik di setiap kolej kediaman. Antara pengisian yang dibuat ialah tazkirah daripada pimpinan PMKUM, ucapan aluan daripada YDP PMKUM, saudara Mohd Ridwan Razali serta sesi taaruf. Selain itu, diadakan sesi soal jawab bersama pimpinan dan sesi bergambar. Pihak PMKUM berharap dengan terlaksananya program seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara mahasiswa Kelantan bukan sahaja di kolej masing- masing, kampus bahkan di tanah air sendiri.—PMKUM

Adik-adik yang ceria @4th



Share : Share On Facebook ! Share On Google Buzz ! Add To Del.icio.us ! Share On Digg ! Share On Reddit ! Share On LinkedIn ! Post To Blogger ! Share On StumbleUpon ! Share On Friend Feed ! Share On MySpace ! Share On Yahoo Buzz ! Get These Share Buttons ! Share On Google Reader ! Google Bookmark ! Send An Email ! Blog Feed !

0 comments:

Post a Comment