MADANI

NYDP 2 2009/2010, YDP 2010/2011, YB, YDP 2008/2009, NYDP 2 2010/2011, YDP 2005/2006

MADANI  Hargai Jasa Ahli PMKUM
KOTA BHARU- Seramai 60 orang Ahli Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) menghadiri Majlis Anugerah Darul Naim 2010 (MADANI 10’) baru-baru ini. Bertempat di Hotel Raudah, PMKUM menempa sejarah kerana majlis ini adalah julung kali diadakan untuk memberi penghargaan kepada Ahli PMKUM yang telah banyak menabur bakti dalam pelbagai aktiviti persatuan yang telah diadakan sepanjang  sesi lepas.
Majlis yang  dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohd Fadzli Datuk Hassan turut dimeriahkan dengan kehadiran  mantan-mantan Yang Dipertua PMKUM pada sesi-sesi yang lepas serta barisan Pimpinan PMKUM sesi 2009.
“Allah SWT telah memperkenalkan budaya pemberian anugerah di atas kemuliaan dan kecemerlangan serta ilmu yang dimiliki. Segulung ijazah hanyalah pengiktirafan akademik, namun belum membuktikan mampu menyumbang kepada masyarakat.”
Tambah beliau lagi, bahagikanlah masa sebaik mungkin di antara tuntutan akademik dan aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan mengasah kepimpinan dan kemahiran urus tadbir agar mendapat anugerah yang hakiki di Akhirat kelak.”
Ini juga bertepatan dengan hasrat Penasihat PMKUM, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah  yang inginkan Mahasiswa Kelantan belajar tentang kepimpinan dan cuba menghayati makna disebaliknya.
Sebagai tanda penghargaan dan rangsangan kepada mahasiswa, lima anugerah telah disampaikan iaitu Anugerah Putera PMKUM, Anugerah Puteri PMKUM, Anugerah Tunas Putera Harapan, Anugerah Tunas Puteri Harapan dan yang terakhir Anugerah Khas Tokoh PMKUM 2010 yang diberikan kepada YB Dato’ Hj. Husam Musa.
YDP PMKUM, Saudara Wan Azfar Syahmi berharap agar program ini bukan sekadar menjadi pelengkap takwim tahunan aktiviti persatuan, tetapi   menjadi satu medan untuk membina jati diri dan melatih mahasiswa menjadi generasi pelapis pimpinan akan datang.

Share : Share On Facebook ! Share On Google Buzz ! Add To Del.icio.us ! Share On Digg ! Share On Reddit ! Share On LinkedIn ! Post To Blogger ! Share On StumbleUpon ! Share On Friend Feed ! Share On MySpace ! Share On Yahoo Buzz ! Get These Share Buttons ! Share On Google Reader ! Google Bookmark ! Send An Email ! Blog Feed !

0 comments:

Post a Comment