PROMO‟09 diadakan sempena minggu promosi badan pelajar berdaftar yang diadakan pada 28 hingga 31 Julai 2009 bertempat di Dataran Gazebo, KPS.Minggu promosi ini telah dianjurkan oleh bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEP) yang diadakan bagi tujuan menggalakkan mahasiswa untuk bergiat aktif dalam persatuan-persatuan yang didaftar. Persatuan anak negeri Kelantan atau lebih dikenali Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian sebagai satu platform untuk menghimpunkan anak- anak Kelantan dari pelbagai fakulti di UM ini. Sematang usianya yang menjangkau 33 tahun, PMKUM terus mengorak langkah mendepani cabaran bagi mencapai misi dan visi yang telah digariskan. Justeru, maka tidak hairanlah sekiranya PMKUM disegani dan sering dikaitkan sebagai persatuan anak negeri yang mempunyai keahlian paling ramai di UM. Tahniah dan syabas kepada anak Kelantan yang berdaftar. “Puok Kito Biar Jeligho”. –PMKUM
Ziarah Booth
| Bersama PERMTA (Johan) |
| Semangat betul adik-adik |


















0 comments:
Post a Comment