PMKUM : Assalamualaikum.
Penasihat : Waalaikumsalam. Silakan duduk.
PMKUM : Terima kasih. Apa khabar?
Penasihat : Alhamdulillah, sihat.
PMKUM : Wawancara ini diharapkan dapat memberi sedikit perkongsian ilmu dan pengalaman Abang kepada siswa siswi Kelantan, Universiti Malaya.
Penasihat : InsyaAllah, abang akan cuba berkongsi pengalaman yang boleh dijadikan manfaat bersama untuk anak-anak Kelantan.
PMKUM : Baiklah.Sebelum bercerita lebih lanjut, sejak bilakah abang menaungi perjuangan PMKUM dan selama mana abang memegang tampuk selaku penasihat?
Penasihat : Abang baru menaungi PMKUM bermula dua sesi kebelakangan ini. Namun, sebelum ini abang pernah terlibat secara langsung dengan PMKUM.
PMKUM : Selama penglibatan bersama perjuangan PMKUM, apakah perbezaan yang abang lihat dalam PMKUM zaman dahulu dengan sekarang?
Penasihat : Cabaran peradaban pada waktu itu menyebabkan setiap pelajar Kelantan Universiti Malaya dari tahun 1950-1970 –an melewati halangan untuk merealisasikan proses kemerdekaan. Sebahagian mahasiswa Kelantan mula menonjolkan diri selepas 1970 – an dan hanya selepas tahun 1980 – an, siswa-siswi lebih berjaya menjadi orang-orang yang sangat terkenal baik dalam bidang sosial mahupun politik. Buktinya, ramai dalam kalangan pimpinan Kelantan saat ini adalah hasil dari acuan perjuangan PMKUM sendiri, bahkan kedudukan ekonomi rakyat Kelantan jauh berubah dengan hadirnya pejuang-pejuang seperti mana sekarang.
Bermula tahu 1998, berlaku perubahan luar biasa ekoran munculnya gelombang internet. Mahasiswa dipermudahkan dari aspek komunikasi sehingga menyempitkan wadah perbincangan antara muka. Keadaan ini menunjukkan persatuan mula digerakkan untuk menjadi ikatan sosial setelah pembentukannya secara dinamis pada tahun 80 – an. Bermula saat ini jugalah, persatuan mula digerakkan untuk berhubung dengan ahli politik. Bermula transisi tahun 2000 sehingga semasa, pergerakan PMKUM lebih bersifat dinamik ekoran menjadi
platform untuk berbincang tentang polisi yang salah serta membangunkan hubungan antara mahasiswa dengan pemerintah, bahkan masyarakat luar.
Mahasiswa tahun 70 – an dikatakan sebagai mahasiswa sarjana. Tahun 80 – an menunjukkan fungsi mahasiswa sebagai pekerja. Begitu jua halnya dengan mahasiswa sekarang yang berfungsi sebagai opinion leader. Keadaan ini memberi tempias kepada siswa siswi PMKUM untuk menjadi opinion leader.
PMKUM : Terdapat segelintir mahasiswa yang berpendapat bahawa peranan PMKUM hanya berfungsi untuk menjaga kebajikan ahli-ahli PMK sahaja. Jadi, apakah komen abang berhubung kenyataan ini?
Penasihat : Abang berpendapat bahawa PMKUM bukan badan kebajikan. Isu ini hanya timbul pada tahun 1970 – an kerana mahasiswa Kelantan yang hadir pada ketika itu rata-ratanya dari kalangan keluarga miskin yang mana persatuan seharusnya menjadi tempat untuk mereka bernaung. Namun, situasi sekarang jauh berbeza dan boleh dikatakan mahasiswa Kelantan kini majoritinya datang dari golongan kelas menengah. Tegasnya abang nyatakan disini bahawa, PMKUM tidak seharusnya menjadi badan kebajikan. Sebaliknya perlu menjadi kumpulan paling kuat iaitu persepakatan opinion leader yang mana pemimpin-pemimpin baru boleh memberi pandangan untuk masa hadapan.
PMKUM : Ada sesetengah mahasiswa menyatakan bahawa aktiviti yang dilakukan PMKUM adalah melalaikan dan menjejaskan perhatian mereka untuk menumpukan pelajaran. Apakah respon abang terhadap hal ini?
Penasihat : Abang setuju untuk mengatakan bahawa mahasiswa sedemikian tidak mengerti tentang maksud pengetahuan dan pelajaran. Sebenarnya, aktiviti yang kita anjurkan tidak pernah melalaikan. Sangat mustahil bagi mahasiswa mendapat pelajaran dan pengetahuan tanpa terlibat dengan aktiviti. Abang sangat suka untuk menegaskan bahawa aktviti yang dilabelkan ‘tidak berfaedah’ itulah sebenarnya yang sangat berfaedah. Bahkan tidak ada benda yang tidak berfaedah dalam aktiviti. Sekali lagi abang ingin menegaskan bahawa semua program kita baik daripada jualan ketika Festival Konvokesyen sehinggalah kepada kemuncak program iaitu MADANI, adalah sangat berfaedah. Kita tidak akan melaksanakan program yang tidak memberi faedah kerana jelas ianya tidak menguntungkan sesiapa termasuk PMKUM sendiri.
PMKUM : Seringkali kita melihat bahawa asas kemajuan persatuan adalah perpaduan dalam kalangan ahli. Pada pandangan abang, apakah cara terbaik yang dilihat dapat menyatupadukan semua ahli PMKUM dibawah satu payung perjuangan.
Penasihat :Pertamanya, abang menyarankan agar kita perlu belajar tentang kepimpinan dan cuba untuk mendalami maksud disebaliknya. Abang menekankan kepada mahasiswa Kelantan agar mengikir fikiran negatif. Jika terdapat individu yang tidak berpuas hati terhadap kredibiliti pimpinan sama ada penasihat, YDP dan sebagainya, dia tidak berhak untuk menentang secara berseorangan di luar. Sebaliknya, mereka perlu memasuki persatuan dan bawalah apa jua usul yang timbul dari kalangan ahli ke dalam persatuan. Abang menyarankan agar mahasiswa Kelantan agar menyokong PMKUM ke arah usaha pengukuhannya. Baik dengan cara memberi pandangan kepada penasihat dan YDP, tidak melibatkan sebarang sentimen dan ancaman yang membawa kepada perpecahan persatuan.
PMKUM : Jadi, apakah harapan abang terhadap seluruh ahli Persatuan Mahasiswa Kelantan?
Penasihat : Abang percaya bahawa tidak ada kepimpinan yang paling cekap dalam gelanggang persatuan mahasiswa Universiti Malaya melainkan PMKUM, kerana kita tidak pernah runtuh. Jadi, abang memberi harapan kepada semua lapisan kepimpinan PMKUM sesi ini agar sentiasa berpegang pada prinsip bahawa ‘kita sentiasa mendepani tamadun bangsa kita’.
PMKUM : Begitu besar harapan yang disandarkan kepada generasi pimpinan baru PMKUM pada sesi ini. Terima kasih untuk segala perkongsian abang.
Penasihat : Sama-sama.
![]() |
| Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah |



















0 comments:
Post a Comment