Hari Interaksi Darul Naim 2009 (HISDAN‟09) merupakan satu aktiviti tradisi PMKUM untuk meraikan mahasiswa/wi Kelantan khususnya pelajar-pelajar baru setiap kemasukan sesi. Pada 2 Ogos 2009 bertempat di padang hadapan Fakulti Kejuruteraan UM, HISDAN telah berlangsung dengan meriah sekali dengan dihadiri oleh anak-anak Kelantan yang terdiri daripada pelajar senior dan junior dari pelbagai fakulti di seluruh UM. HISDAN bertambah ceria dengan pengisian aturcara yang menarik memantapkan lagi jalinan persaudaraan keluarga besar PMKUM ini. Antara objektif aktiviti ini dijalankan adalah untuk mewujudkan ikatan kasih sayang di samping menyuburkan nilai-nilai murni dalam kalangan pimpinan bersama ahli-ahli PMKUM. Objektif lainnya adalah untuk memperkenalkan PMKUM dan barisan jawatankuasa penggerak PMKUM dengan lebih dekat lagi kepada ahli-ahli. Antara sukaneka yang diadakan adalah seperti bowling buah kelapa, belon air, sepak raga kain pelekat, budget fesyen dan bulatan ukhwah. Aktiviti ini memberikan memori manis kepada semua mahasiswa Kelantan terutama kepada junior-junior. Semoga ukhwah yang terbina terus teguh dan terus mekar dalam diri kita semua. –PMKUM
| Sihat Cergas bersama Red Warrior |
![]() |
| Anok beranok PMK |
| Posing jap.... |



















0 comments:
Post a Comment