Perutusan YDP 10/11


Perutusan Semester 1 Sesi 2010/2010

Bismillahirrahmanirrahim…

     Salam cakno blako puok kito…Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran kita rafa’kan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya dapat lagi kita bersua dan bersama-sama meneruskan agenda perjuangan sebagai penuntut ilmu di medan Universiti Malaya ini. Tidak terlambat kiranya saya mengucapkan Selamat Datang, Ahlan Wasahlan khasnya buat semua adik-adik yang berjaya menjejakkan kaki ke universiti perdana ini. SELAMAT DATANG SEMUA ADIK-ADIK 2010/2011…

     Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya kita telah dipilih untuk bertemu, untuk bersama-sama merasai nikmat ukhuwah, untuk sama-sama berada dalam lapangan jihad ilmu ini demi mencapai dan merealisasikan impian serta harapan diri sendiri mahupun harapan keluarga tercinta. Harus diingat, kejayaan kita semua untuk berada di alam kampus ini bukan hanya untuk berseronok, mahupun bersuka-ria, jauh sekali untuk bersosial namun satu tanggungjawab yang cukup besar yang telah diamanahkan kepada kita bukan sahaja untuk kita menghabiskan tempoh pengajian di sini malahan untuk kita menimba sebanyak mungkin ilmu yang bermanfaat untuk dicurahkan kepada generasi yang akan datang dan yang paling penting sekali demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

     Sahabat-sahabat, rakan-rakan seperjuangan dan adik-adik yang amat dikasihi sekalian.. sudah menjadi lumrah kehidupan, sudah tentu kita sebagai seorang ISLAM, seorang yang mengaku Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah, perlu mempunyai keimanan yang teguh di dalam hati. Apabila menyentuh soal keimanan yang teguh dan mantap, ianya amat berkait rapat dengan hala tuju yang akan kita bawa apabila berada di alam kampus ini. Realiti yang harus kita terima, ramai rakan-rakan seperjuangan kita amat mudah sekali terpengaruh dengan anasir-anasir yang tidak sepatutnya dipunyai oleh orang melayu, yang sememangnya terkenal dengan sifat lemah-lembut, hanyut dibawa arus kehidupan yang negatif. Dengan terletaknya Universiti Malaya ini di tengah bandar metropolitan Kuala Lumpur, sudah pasti ianya mampu untuk menggamit minat dan perhatian sesetengah golongan untuk mengunjungi banyak tempat yang ‘menarik’ yang ada di bandaraya ini. Hanya dengan berbekalkan keimanan yang kukuh dan mantap sahajalah kita mampu untuk mengelakkan diri daripada terjerumus ke lembah kelazatan duniawi ini.

     Oleh yang demikian, saya menyeru diri saya sendiri terutamanya dan adik-adik seperjuangan sekalian, ayuh! Kita cuba sedaya upaya yang mungkin untuk mempersiapkan diri kita dengan ilmu dan pengetahuan bagi mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah kejutan budaya yang sangat hebat ini. Dalamilah ilmu-ilmu yang berguna dan bermanfaat, tunaikanlah tanggungjawab kita sebagai seorang Islam, perbanyakkanlah amalan-amalan yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T, dan lengkapkanlah diri dengan senjata ilmu yang bermanfaat demi mencapai status seorang muslim sejati.

     Akhir kalam, saya berharap agar lebih ramai ore klate yang berada di kampus ini mahupun sesiapa sahaja yang berminat untuk bersama-sama dengan Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya ( PMKUM ) sesi 2010/2011 untuk kita mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara kita dan yang lebih utama, kita bersama-sama meneruskan kesinambungan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W dalam mengajak umat manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.InsyaAllah…..

P/S : Daftarlah sebagai ahli PMKUM 10/11 di booth PMKUM pada minggu PROMO akan datang.

Salam Ukhuwah, Salam Perjuangan, Salam Cakno Blako Puok Kito =)


Wan Azfar Syahmi Bin Wan Ghazali
Yang Dipertua PMKUM.


Share : Share On Facebook ! Share On Google Buzz ! Add To Del.icio.us ! Share On Digg ! Share On Reddit ! Share On LinkedIn ! Post To Blogger ! Share On StumbleUpon ! Share On Friend Feed ! Share On MySpace ! Share On Yahoo Buzz ! Get These Share Buttons ! Share On Google Reader ! Google Bookmark ! Send An Email ! Blog Feed !

0 comments:

Post a Comment