Yakin Diri

Keyakinan diri untuk mengubah dunia

Setiap orang Islam mempunyai potensi untuk menjadi orang yang bertaqwa. Potensi dalaman itu sebenarnya ada pada setiap umat Islam. Percayalah kita lebih kuat daripada apa yang kita sangka. Jika kekuatan ini benar-benar dioptimumkan, kita tidak akan terkesan oleh gangguan luaran.
Keyakinan diri  ialah pandangan diri terhadap diri sendiri tentang kemampuannya untuk berjaya dan cemerlang dalam hidup di dunia dan Akhirat.

Orang yang berkeyakinan diri akan menghormati dirinya. Jika tidak, usah mengharapkan orang lain menghormatinya.
Memupuk dan membina keyakinan diri

Dengan Allah....

ü  Bergantung hanya kepada Allah.
ü  Jaga solat lima waktu.
ü  Sentiasa merasa berdosa dan bertaubat.
ü  Baca al-Quran dan bertadabbur dengannya.
ü  Berzikir dengan wirid-wirid tertentu.
Dengan diri sendiri...

ü  Percaya pada diri (sebaik-baik umat)
ü  Jangan takut dan teragak-agak melakukan sesuatu yang positif.
ü  Lihat kelebihan diri & baiki kekurangan diri.
ü  Sentiasa berfikiran positif.
ü  Sentiasa bersedia dan tidak bertangguh-tangguh.
ü  Hargai diri dan berterima kasih kepada Allah.
ü  Tabah & cekal hadapi rintangan.

Dengan orang lain.....

ü  Pilih kawan dan komuniti yang boleh membina keyakinan.
ü  Elakkan daripada mereka yang suka memperkecil atau menakut-nakutkan diri.
ü  Role model sebagai ikutan.
ü  Maafkan kesalahan orang lain dan memohon maaf jika bersalah.
ü  Bergaul dengan teman-teman dan individu berkeyakinan tinggi.
ü  Berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain yang telah mahir.

Kotakan Janji!!!

-          Sebagai hamba untuk patuhi perintah Allah. Janji yang dibuat di alam arwah (sebelum dilahirkan) – Surah al-A’raf  7:172-

-          Janji semasa solat- doa iftitah. “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku, kerana Allah Ta’ala.”

-          Apabila berusaha menepati janji dengan Allah, akan dipermudahkannya menepati janjinya terhadap kedua-dua ibu bapa, diri sendiri, masyarakat.

Jangan kecewa jika sudah mencuba. Bangun dan cuba lagi.. jujur terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah.
Seorang yang mukmin akan terus berusaha untuk menjadi seorang yang cemerlang.
“Kita semua sama, apa yang beda hanyalah Iman & Taqwa”

Share : Share On Facebook ! Share On Google Buzz ! Add To Del.icio.us ! Share On Digg ! Share On Reddit ! Share On LinkedIn ! Post To Blogger ! Share On StumbleUpon ! Share On Friend Feed ! Share On MySpace ! Share On Yahoo Buzz ! Get These Share Buttons ! Share On Google Reader ! Google Bookmark ! Send An Email ! Blog Feed !

0 comments:

Post a Comment