Renungan Ramadhan...

Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam kerana dengan limpah kurnianya, kita dipanjangkan usia sehingga bertemu lagi dengan bulan Ramadhan. Inilah yang sering kita doakan :

“ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.

Kita kini berada di  hari ke 12 Ramadhan. Ini bermakna, kita telah berada di fasa kedua Ramadhan. Kita telah meninggalkan fasa “rahmat” manakala kini kita memasuki fasa “maghfirah”. Sepuluh hari  yang berlalu, kita mengharapkan rahmah, belas kasihan dari Allah SWT.  Di hari mendatang, pintu maghfirah Allah SWT terbuka luas menunggu kepulangan hamba-hamba-Nya.

Kita perlu menilai semula, review pencapaian kita. Untuk itu, kita boleh mengambil iktibar dari sebuah kisah yang dinukilkan oleh Sheikh Said Hawa mengenai Al-Hasan bin Abul Hasan al-Bishri. Bahawa beliau ini pada suatu ketika di bulan Ramadhan berjalan melalui satu kelompok manusia yang sedang  tertawa sambil bersenda gurau, kemudian al-Hasan berkata:


“Sesungguhnya Allah azzawajalla menjadikan Ramadhan sebagai bahan ujian yang tersembunyi bagi seluruh makhluk-Nya. Semua orang sama berlumba-lumba, atau dahulu-mendahului untuk berbuat ketaatan  kepada Allah SWT. Kemudian ada golongan yang dapat mendahului golongan lain, merekalah orang-orang yang beruntung dan berjaya. Sedang golongan lain ada yang tertinggal di belakang dan mereka itulah orang-orang yang menyesal dan merasa mendapat kerugian yang besar. Oleh sebab itu adalah hairan sehairan-hairannya ketika saya melihat ada orang yang tertawa, bermain-main pada hari seperti sekarang ini dalam bulan Ramadhan, padahal di saat ini adalah hari sebahagian manusia menjadi beruntung dan berjaya, sedangkan ada sebahagian manusia lainnya yang merasa rugi dan menyesal.  Yang berbahagia ialah orang-orang yang mendahului kawan-kawannya untuk mentaati Zat Yang Maha Pencipta, dan yang rugi ialah orang yang hanya gemar melakukan kebatilan dan  pekerjaan sia-sia.”

Setelah melalui tempoh sepertiga Ramadahan, eloklah kita berhenti sejenak, menilai prestasi kita  dalam sepuluh hari yang telah berlalu.  Antara soalan yang boleh kita tanyakan diri kita ialah:

     -Sudahkah kita memanfaatkan sebaik-baiknya  kehadiran bulan ramadhan yang
       penuh berkat ini?

     -Sudahkah kita cuba sedaya upaya mencantikkan puasa kita?

     -Sudahkan kita memastikan seluruh keluarga kita sama-sama menikmati
       keberkatan Ramadhan ini?

     -Sudahkah kita  mencapai tahap minimum pembacaan al-Quran setiap hari?
       Jika standard kita ialah satu juzuk sehari, maka kini sepatutnya kita telah
       melebihi sepuluh juzuk.

     -Sudahkan kita memastikan sunat-sunat puasa seperti bersahur disempurnakan?

     -Sudahkah kita memastikan kita tetap istiqamah dengan solat tarawih dan
       berazam untuk meneruskannya ke hujung Ramadhan?

     -Sejauh manakah Ramadhan kita tahun ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas?

Cuba kita hisab kembali apakah hasil yang kita dapati sepanjang fasa pertama yang telah berlalu. Layakkah untuk kita mendapatkan janji Allah untuk fasa pertama iaitu rahmat kasih sayang-Nya. Bagi mereka yang alpa dan masih lagi tidak menyedari bahawa Ramadhan telah pun menghampiri pertengahannya, marilah sama-sama kita merebut peluang yang masih bersisa ini agar kita tergolong dalam golongan orang-orang yang bertaqwa sesudah berlalunya Ramadhan. Anggaplah Ramadhan kali ini adalah yang terakhir buat kita kerana belum pasti lagi samada kita dapat mengecapi Ramadhan yang akan datang..

Wallahua'lam...

"Selamat Menjalani Ibadah Puasa"

Share : Share On Facebook ! Share On Google Buzz ! Add To Del.icio.us ! Share On Digg ! Share On Reddit ! Share On LinkedIn ! Post To Blogger ! Share On StumbleUpon ! Share On Friend Feed ! Share On MySpace ! Share On Yahoo Buzz ! Get These Share Buttons ! Share On Google Reader ! Google Bookmark ! Send An Email ! Blog Feed !

0 comments:

Post a Comment