Penawar Melalui Tangisan
Menangis tidak terbatas pada perasaan sedih, malahan juga berkait rapat dengan kebahagiaan dan kegembiraan.
Ramai yang berpendapat menangis menandakan lemahnya emosi seseorang itu, lebih-lebih lagi untuk seorang lelaki. Harus diingati bahawa lelaki juga merupakan makhluk hidup yang perlu mengungkapkan isi hati dan perasaannya dan menghilangkan kesedihannya. Justeru, tangisan lelaki bukanlah menandakan kelemahannya.
Allah memuji orang yang menangis kerana mencapai tahap makrifatullah dan takut padaNya.
Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Isra’ 17: 109):
“ Dan mereka menyungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.”
“ Dan mereka menyungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.”
Digalakkan menangis dalam keadaan tertentu seperti:
Ø Mengenangkan dosa-dosa yang lalu dalam taubat memohon keampunan.
Ø Takutkan azab-azab Allah pada hari Akhirat.
Ø Khusyuk dan sujud kepada Allah
Ø Berdoa dengan khusyuk dan mengharapknNya sebagai tempat bergantung.
Ø Berjumpa dengan sahabat yang lama berpisah.
Ø Melihat kemenangan tentera Islam melawan kuffar.
Ø Setelah mendapat reda daripada kedua orang tua.
Meringankan tekanan jiwa:
- Mampu mengubati tekanan jiwa yang disebabkan oleh masalah kesihatan fizikal (luka pada perut, tekanan darah tinggi, radang usus besar)
Kesihatan mata:
- Membantu kelenturan gerakan kelopak-kelopak mata, memelihara daripada penyakit kekeringan mata, membersihkan mata daripada habuk.
v Menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan
v Meningkatkan kadar degupan jantung.
v Menghalang penyakit
v Membebaskan racun dari badan
v Air mata mengandungi 25% protein yang menjadi racun kepada tubuh.



















0 comments:
Post a Comment