Presiden PERDANA UKM
Majlis bermula dengan menyambut ketibaan tetamu dari pihak PERDANA UKM, Ucapan selamat datang dan alu-aluan oleh Pengarah Program saudara Muhd Rusmadi Sulaiman, ucapan YDP PMKUM saudara Wan Azfar Syahmi Wan Mohd Ghazali, ucapan Presiden PERDANA UKM saudara Safuan Bin Yusuf, taaruf saf pimpinan kedua-dua persatuan.
Majlis diteruskan lagi dengan berbuka puasa bersama-sama di cafe APIUM, solat maghrib berjemaah, sedikit slot tazkirah, tayangan video, pemberian cenderamata kenang-kenangan, sesi penggambaran dan diakhiri dengan sedikit jamuan ringan..
Program Jalinan Muhibah ini sangat bermakna dan dapat mengerat ikatan ukhuwah bagi kedua-dua belah pihak. Sekalung penghargaan diucapkan kepada PMKUM kerana telah berjaya menjayakan program ini dan tidak lupa juga kepada semua saf pimpinan PERDANA UKM kerana sudi hadir dan menziarahi kami di sini. Semoga ikatan ukhuwah yang terjalin antara kita akan berkekalan hendaknya..
Doa Rabithah
"Permuafakatan Pemangkin Perpaduan"



















0 comments:
Post a Comment