Lambaian Insan Tersayang (LIST'10)

     Assalamualaikum buat semua anok-anok Kelate Universiti Malaya..

Lambaian Insan Tersayang '10 atau singkatannya LIST'10 pada tahun ini diadakan pada hari Jumaat 3 September 2010 bersamaan 24 Ramadhan 1431 Hijriah. Bas yang disediakan adalah dua hala iaitu dari Kampus UM ke Kelate dan dari Kelate ke Kampus UM.

Program yang berteraskan kebajikan terhadap anok-anok Kelate ini sesuai dengan slogan PMKUM "Cakno Blako Puok Kito" yang mana PMKUM menitikberatkan kebajikan ahli-ahli khasnya serta anok-anok Kelate amnya. Program ini juga memudahkan anok-anok Kelate untuk pulang ke kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya Aidilfitri..




Pada tahun ini PMKUM menyediakan 7 buah bas dari Kampus UM pulang ke Kelate dan 5 buah bas dari Kelate ke Kampus UM. Bas yang akan ke Kelate akan bertolak pada Jam 8.30 malam 3 September 2010, Para penumpang akan menaiki bas di terminal bas UM (berdekatan KK1). Makanan untuk bersahur juga akan disediakan kepada semua penumpang-penumpang bas.

Manakala sukacita dimaklumkan kepada semua penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas PMKUM untuk pulang ke kampus, bas akan bertolak sebelah malam pada jam 8.30 malam 18 September 2010. Langkah ini diambil kerana majoriti yang akan check-in kolej masing-masing pada pagi 19 September 2010.

Para penumpang diingatkan supaya berada di tempat-tempat yang telah ditetapkan 30 minit lebih awal daripada masa yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan dan kekalutan..




Akhir sekali, semua saf pimpinan PMKUM mengucapkan SALAM AIDILFITRI KEPADA SEMUA..
Maaf Zahir Dan Batin..


"Cakno Blako Puok Kito"

Share : Share On Facebook ! Share On Google Buzz ! Add To Del.icio.us ! Share On Digg ! Share On Reddit ! Share On LinkedIn ! Post To Blogger ! Share On StumbleUpon ! Share On Friend Feed ! Share On MySpace ! Share On Yahoo Buzz ! Get These Share Buttons ! Share On Google Reader ! Google Bookmark ! Send An Email ! Blog Feed !

0 comments:

Post a Comment