Alhamdulillah..segala kesyukuran ku panjatkan kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada kita semua untuk terus bernafas dan merasa selesa dengan nikmat-nikmat-Nya.
InsyaAllah.. Salam mahabbah saya ucapkan khususnya buat adik-beradik PMKUM dan seluruh warga kampus Universiti Malaya. Saya mendoakan supaya Allah merahmati dan memberi kesihatan yang baik kepada kalian terutama di saat menjelang peperiksaan akhir bagi sesi 2010/2011 yang bakal berhadapan dengan kita semua tidak lama lagi. Semoga segala usaha kita selama mana belajar selama ini mendapat keredhaan Allah.amiin.. Walau apa pun yang dirasakan saat ini, kita hendaklah sentiasa menaikkan tahap motivasi untuk menghadapi peperiksaan demi merealisasikan harapan ibu bapa yang tercinta. Apa yang penting motivasi disaat menjelang peperiksaan ini tidak semestinya datang daripada luaran tetapi yang lebih penting motivasi ini datang dari dalam diri kita sendiri.
Jadi, pertama kekalkan imej kejayaan yang kita cuba bayangkan supaya kita sentiasa bersemangat untuk berusaha mencapai kejayaan di universiti ini. Ingat, jika kita tidak mengisi minda kita dengan imej yang memberikan semangat, ia akan diisi dengan imej yang menjatuhkan kita. Kehidupan mahasiswa yang dibebani dengan pelbagai perkara pasti menjadi tekanan buat kita. Namun perkara ini boleh dikawal. Jadi, kedua kurangkan tekanan perasaan. Menjadi kelaziman di saat-saat hampir peperiksaan ini kita akan berasa tertekan ditambah pula dengan banyak subjek yang harus dikuasai dan cuti study week yang hanya beberapa hari. Teringat saya dalam satu siri motivasi yang pernah saya ikuti sewaktu di sekolah menengah bahawa perasaan gementar atau tertekan itu adalah perkara biasa bila ada sesuatu yang menekan kita. Akan tetapi perkara ini boleh jadi luar biasa jika kita boleh mengawalnya dengan cara yang luar biasa. Rilekskan Hati,Rilkeskan Minda Dan Fikirkan Positif. Ingatkan dan tetapkan hati dengan firman Allah yang bermaksud:
“bahawa sesungguhnya bersama kesukran itu ada kemudahan. Sesungguhlahnya bersama kesukaran itu ada kemudahan, maka apabila engkau telah selesai ( dari sesuatu urusan), tetapkanlah bekerja keras ( untuk urusan yang lain). Dan hanya kepada Tuhanmu (Allah) engkau berharap.” ( Surah Asy-Syarh, 94 :5-8)
Seterusnya tenangkan hati kita dengan mengamati petikan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“…… dan ketahuilah bahawa kemenangan itu akan terhasil sesudah kesabaran, dan kelapangan itu akan muncul sesudah kesusahan. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan.” (Riwayat Ibnu Abbas).
Subahanallah.. firman Allah dan sabda Rasulullah s.a.w ini sudah cukup untuk memberi kita ketenangan kerana sudah ada jaminan bahawa setiap kesukaran dan kesulitan yang kita lalui pasti akan diberi ganjaran lain dalam bentuk kesenangan dan kemudahan.
Mutiara kata indah.. “manusia amat memerlukan tekanan untuk dia lebih cerdas, cergas dan cemerlang. Untuk dia dilihat sebagai memiliki keunikan-keunikan yang mengatasi orang lain. Sebagaimana air dari kepala paip, jika tak kuat tekanannya, lemahlah air yang mengalir, jika kuat tekanannya terpancutlah dengan derasnya.~ Dr.HM Tuah, ‘Nak ke Tak Nak’~
Maka, jelaslah kepada kita bahawa tekanan sebenarnya memberi kesan positif kepada hidup kita dengan syarat kita sabar dan hadapinya dengan tenang. Study Smart But Not Too Hard. Usaha dan Letakkan pergantungan total kepada Allah, insyaAllah, Allah permudahkan. Terakhir ialah marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah kerana doa adalah senjata paling hebat yang perlu dimiliki oleh seorang pelajar. Jika kita tidak bersemangat, mungkin kerana kita kurang berdoa. Jika kita selalu berdoa tetapi masih kurang bersemangat, mungkin kerana doa kita tidak memenuhi cirri-ciri yang diperlukan. Antara ciri-cirinya ialah ikhlaskan hati kita untuk berdoa dan berdaolah dengan menggunakan doa yang kita memahami maksudnya atau lebih jelas berdoa dalam bahasa melayu. Meminta kepada Allah dengan sepenuh harapan dan cuba bayangkan kejayaan yang kita ingin capai. Akhir sekali yakin dengan izin Allah bahawa doa kita akan termakbul setelah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh.doakan juga kejayaan sahabat-sahabat. Hasil kemudian adalah berlaku dengan izin Allah. Bertawakkal kepada-Nya dan yakin bahawa doa akan dimakbulkan. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan bertawakallah kpd Allah,dan cukuplah Allah sebagai pemelihara” (surah Al-Ahzab:3)
Oleh itu, suka saya untuk mengingatkan diri saya dan seluruh warga PMKUM agar memanfaatkan minggu study week dengan sebaik mungkin dengan menelaah buku-buku dan belajar sedaya usaha kita supaya kita sama-sama beroleh kejayaan. dan ingatkanlah diri kita bahawa kejayaan hanyalah satu wasilah(jalan) tapi matlamat kita adalah keredhaan Allah. semoga segala apa yang telah kita pelajari bukan semata-mata kerana inginkan habuan dunia sahaja, tetapi marilah kita sama-sama mengambil manfaat daripadanya serta mengamalkannya dalam kehidupan kita seharian demi mncari habuan yang lebih istimewa dari Allah iaitu di akhirat nanti.. InsyaAllah.. Wallahu ‘alam…
YDP PMKUM
2.43 a.m
14/4/2011



















0 comments:
Post a Comment