Wednesday, January 27, 2010

Pesta Sukan Rakyat 2010 (PESTA '10)

Pesta Sukan Rakyat 2010 (PESTA '10) - ~Sukan Rakyat Bersama anak2 yatim ASDAF~

~SUKAN SAMBIL BERAMAL~

Games : Tarik Upih, Tarik Tali, Lari Tempurung, Anyam Ketupat, etc..

penyertaan terbuka pada anok2 Kelate

1 team = 8 org pelajar UM + 2 org anak yatim

free ja penyertaan

di Padang Tasik Varsity

depan fac. Engine

30 Januari 2010

jam 8.30 pagi - 6 petang

~SUKAN SAMBIL BERAMAL~

penyertaan boleh hubungi Kak Nabilah di talian 0136347112

Nak baca lg...

Wednesday, January 20, 2010

BERMULA PERJUANGAN SEMESTER KE-2

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang saf kabinet PMKUM memulakan sesi ini meneruskan perjuangan satu amanah mengotakan janji, dalam pembawakan visi kebajikan berteraskan kepimpinan dinamik kepada mahasiswa Kelantan di kampus masyhur ini. Sempena menjelangnya tahun baru maal Hijrah 1931 yang memberi makna besar kapada kita semua ini, barisan kepimpinan PMKUM komited menghangatkan azam dan menjulang iltizam dalam memberi perkhidmatan berkualiti dan terbaik demi pembangunan mahasiswa Kelantan yang berkesan. Bersesuaian dengan fungsi PMKUM sebagai satu persatuan anak negeri menjadi medium anak-anak kelahiran Kelantan berkumpul dan mendapatkan input bermakna yang mencorak kehidupan mereka. Sehubungan itu, PMKUM telah menyediakan pelbagai program bercorak intelektual, kebajikan, kepimpinan, keusahawanan, dan kebudayaan yang ideal dalam memenuhi pembangunan modal insan dan jati diri mahasiswa kini.

Saf kepimpinan merafakkan kemaafan atas kekhilafan sesi lalu yang mencetuskan ketiakpuashatian segolongan ahli yang sememangnya prihatin dan sayangkan persatuan kita. InsyaALLAH, pimpinan akan terus memperbaiki kelompangan dan memantapkan urus-tadbir dengan iktikad demi satu amanah mengotakan janji. Pihak PMKUM menjulang penghargaan tinggi dan tahniah kepada jawatankuasa pelaksana program-program semester lalu secara langsung menjayakan visi dan misi persatuan. Sehubungan itu, PMKUM juga menyeru seluruh mahasiswa Kelantan datang bersama memimpin dan mendokong persatuan kita yang mempamerkan kekuatan imej dan jati diri anak-anak Kelantan. Inilah hakikatnya PMKUM teguh dengan adanya komitmen dan sokongan anak-anak Kelantan yang sememangnya hebat di gelanggang dan segala lapangan. Sekian bingkisan pembuka, dengan harapan membangun nusa, semoga lahir Ummah Berjaya.


Wabillahitaufiq walhidayah, Wassalamualaikum w.t.h.

“Kepimpinan Pencetus Kesepakatan”


Nak baca lg...

Wednesday, January 13, 2010

Kempen Derma Darah & Berbekam

KEMPEN DERMA DARAH


Jom pakat2 dermo daroh, ghama perlukan pok2 kito.....

TARIKH : 16 JAN 2010 (SABTU)

MASA : 10.30AM-3.00PM

TEMPAT : DWN ANGSANA APM

Urusan pendaftaran hubungi :

YANI- 0148391371


BERBEKAM

TARIKH : 17 JAN 2010 (AHAD)

MASA : 10.30AM-3.00PM

TEMPAT : DWN ANGSANA APM

PELAJAR: RM30, ORG AWAM: RM50

EZRAN: 013-4059984

Nak baca lg...

Tuesday, January 12, 2010

SLOT KREATIF

PERTANDINGAN MENGHIAS KEK & GUBAHAN HANTARAN
17 JANUARI 2010
9.30 PAGI- 11.00 PAGI
RUANG LEGAR (FOYER) AKADEMI PENGAJIAN MELAYU


PERTANDINGAN MENGHIAS KEK
Syarat-Syarat:
1- Terbuka Kepada Semua (Lelaki & Wanita)
2- Penyertaan Secara Duet
3- Yuran Penyertaan Sebanyak RM 3.00
4- Terhad Untuk 12 Kumpulan
5- Kek Akan Menjadi Hak Milik Anda!!!
6- Segala Alatan Akan Disediakan.

PERTANDINGAN GUBAHAN HANTARAN PERKAHWINAN
Syarat-Syarat :
1- Terbuka Kepada Semua (Lelaki & Wanita)
2- Barangan Sendiri Beserta Hiasan Tambahan
3- Penyertaan Secara Berkumpulan (Tidak Melebihi 3 Orang).

SEBARANG PENYERTAAN HUBUNGI :
ZAHIDAH – 0133180579
HUSNA – 0133915652

Nak baca lg...

Monday, January 11, 2010

Malam Impian Siswi solehah

MALAM IMPIAN SISWI SOLEHAH (MISS UM)
16 JANUARI 2010
8.00 PM- 11.00 PM
DEWAN SEMARAK, AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

PERTANDINGAN PESONA TIMUR TENGAH

Syarat-Syarat:

1. Terbuka Kepada Semua Warga Kampus

2. Penyertaan Terhad: 15 Orang Sahaja

3. Yuran Penyertaan Sebanyak RM 30

4. Busana & Tudung disediakan

5. Ketinggian: 155 cm & ke atas


HADIAH MENARIK!!!

RATU MISS : Tudung My Hijab, Abaya Bernilai RM 255 & Wang Tunai RM 300

NAIB JOHAN: Tudung My Hijab, Abaya Bernilai RM 255 & Wang Tunai RM 200

KETIGA: Abaya Bernilai RM 255 & Wang Tunai RM 100

SAGUHATI: Barangan Hiraq


SEBARANG PENYERTAAN HUBUNGI SEBELUM 13 JAN ’10:

ROSE – 0133187933

SHAHIRAH – 0145278048


Nak baca lg...

jalinan

MIFTAH